Setiap kali tiba Year End Concert, pasti ada yang tanya, kenapa anak kecil perlu naik pentas?
- Admin
- Nov 4
- 2 min read

Setiap kali tiba Year End Concert, pasti ada yang tanya, kenapa anak kecil perlu naik pentas?
Jawapan saya mudah, bukan untuk tunjuk hebat. Tapi di atas pentas kecil itulah kami bina jiwa yang besar.
1. Bukan Nak Menunjuk, Tapi Nak Bina Jiwa
Year End Concert bukan sekadar persembahan. Ia latihan untuk hati. Di situ anak belajar sabar, fokus dan berani berdiri di depan orang ramai.
2. Setiap Langkah Kecil Itu Keberanian Besar
Bagi anak umur 4 atau 5 tahun, berdiri di depan ratusan orang bukan hal kecil dan mudah. Tapi bila mereka berani duduk diatas pentas, di situlah lahir keyakinan yang tak boleh diajar melalui buku.
3. Proses Lebih Penting Daripada Persembahan
Kita tak cari kesempurnaan. Kita nak anak-anak belajar daripada proses ni. Daripada menghafal doa, buat silap, cuba lagi dan lagi. Di situ mereka belajar sabar dan gigih.
4. Belajar Tanggungjawab dan Disiplin
Datang latihan, ikut giliran, tunggu turn, hafal skrip. Semua ini mungkin nampak biasa, tapi sebenarnya itulah asas disiplin dan tanggungjawab.
5. Menyampaikan Kasih Dengan Berani
Bila anak ucap “I love you Mama” atau baca doa di atas pentas, itu bukan sekadar hafalan. Itu latihan menzahirkan kasih dari hati kecil yang tulus.

6. Dari Takut ke Yakin, Itulah Perjalanan Besar
Ramai anak yang mula dengan tangisan. Tapi bila mereka mampu berdiri sambil tersenyum di atas pentas, kita tahu keberanian itu boleh dibina sedikit demi sedikit.
7. Pentas Kecil, Hasil Besar
Bagi orang luar, mungkin cuma lima minit persembahan. Tapi bagi kami, itu hasil doa, kasih dan bimbingan yang ditanam setiap hari di Brainy Bunch.
Kerana pendidikan bukan hanya di dalam kelas. Ia berlaku di setiap langkah kecil anak, termasuk di atas pentas.










Comments