top of page

“Kalau umur 3 tahun kerja dia cuma tengok skrin, sepah rumah dan jerit bila tak dapat apa yang dia nak… memang rugi.

  • Admin
  • 5 days ago
  • 2 min read

“Kalau umur 3 tahun kerja dia cuma tengok skrin, sepah rumah dan jerit bila tak dapat apa yang dia nak… memang rugi. Otak dia tengah ‘lapar’, tapi kita tak bagi makanan yang betul.”


Masuk tadika Islamic Montessori macam Brainy Bunch umur 3 tahun bukan soal “awal sangat”.


Ini soal beri permulaan yang betul, supaya kesan baiknya balik semula ke rumah.


Apa jadi bila umur 3 tahun anak masuk BB?


1. Di sekolah dia belajar practical life, di rumah dia jadi lebih membantu

   Dalam kelas, aunty ajar anak

   tuang air tanpa tumpah,

   angkat dan letak semula barang di rak,

   lap bila tertumpah,

   gantung tuala, buka tutup butang.

  

 Lepas beberapa minggu, di rumah awak mula nampak:

   • dia letak kasut ikut pasangan

   • dia angkat pinggan ke sinki

   • dia cuba kemas mainan sendiri


   Montessori memang tujuan dia satu: “Help me to do it myself.”

   Rumah jadi kurang perang mulut, sebab anak dah biasa buat sendiri.


2. Di sekolah dia belajar adab, di rumah dia mula ingatkan kita

   Anak 3 tahun di BB dibiasakan dengan:

   • doa sebelum makan

   • doa untuk ibu ayah

   • adab masuk tandas

   • salam dan minta izin

  

 Awak mungkin terkejut bila tiba tiba dia cakap,

   “Baca doa dulu.”

   atau tegur adik,

   “Masuk tandas kaki kiri.”

   Islamic practices yang diulang hari hari di kelas, terbawa terus ke meja makan dan

bilik air di rumah.


3. Di sekolah dia ada rutin, di rumah dia kurang drama


   Di BB, flow hari dia jelas:

   datang, salam, letak beg, perhimpunan, solat dhuha, aktiviti kelas, snack, main, balik.

  

 Bila badan dan otak dah biasa dengan rutin, di rumah pun dia lebih senang ikut struktur:

   mandi, makan, tidur.

   Kurang “berperang” setiap kali nak suruh buat sesuatu.


Umur 3 tahun di Brainy Bunch bukan tentang paksa anak cepat pandai.

Ia tentang tanam tabiat kecil yang buat hidup di rumah jauh lebih tenang.


Pendaftaran Brainy Bunch 2026 masih dibuka dan tempat di banyak BB Campus makin terhad.


Kalau awak nak tengok perubahan anak bukan saja di sekolah tapi sampai ke ruang tamu rumah sendiri, inilah masa terbaik untuk mulakan di umur 3 tahun.


 
 
 

Comments


bottom of page