top of page

Semai Kemahiran Keusahawanan di Brainy Bunch

ree

Di Brainy Bunch, kami percaya bahawa kemahiran keusahawanan adalah penting untuk anak-anak.


Pengasas kami, Coach Fadzil Hashim, hari ini berkongsi di Facebook tentang betapa berharganya kemahiran ini. Dari umur 6 hingga 17 tahun, hampir semua pelajar kami sudah mahir dalam menjual, yang mempersiapkan mereka untuk dunia luar.

Tahun ini, kami mengadakan aktiviti Night Market dengan penuh meriah. Melihat anak-anak menyiapkan gerai mereka dengan penuh semangat menggembirakan ramai pihak.


Mereka dilihat yakin berinteraksi dengan pelanggan dan menunjukkan bakat berniaga yang telah diasah sejak kecil.


Setiap senyuman dan sapaan mereka membawa tanda bahawa mereka sedang belajar untuk menjadi usahawan yang hebat.


“Kami juga sedang bersiap sedia untuk membawa anak-anak ini ke dunia Kecerdasan Buatan (AI). Buat masa ini kami sedang mengumpulkan alumni yang ingin menyertai projek AI kami.


“Antara mereka, ada seorang programmer dari Korea Selatan dan seorang lagi yang belajar sendiri. Ini menunjukkan betapa tingginya bakat yang ada dalam kalangan alumni Brainy Bunch,”katanya.


Coach Fadzil dalam hantarn yang dimuat naik di Facebooknya juga teruja untuk melihat bagaimana alumni-alumni ini akan bersatu untuk membawa perubahan positif kepada masyarakat. Yang menarik, mereka semua mencapai status sebagai alumni hanya dengan kelulusan dari Tadika Brainy Bunch. Ini membuktikan bahawa asas yang kukuh boleh dibina sejak awal.


Sesiapa yang ingin anak-anaknya menjadi sebahagian daripada komuniti eksklusif ini, yang bertujuan untuk saling membantu dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat, InsyaAllah, kami sangat mengalu-alukan mereka untuk bergabung dengan kami.


Jom sama-sama kita tanam benih kejayaan untuk masa depan yang cerah!


 
 
 

Comments


bottom of page