Ramai tak ibu yang rasa macam ni?
- Admin
- Jul 16
- 1 min read
Updated: Jul 17

Rasa macam terlalu garang
Kadang terlepas tangan
Kadang naik suara
Kadang tengking anak tanpa fikir panjang
Ya, saya salah satu daripadanya. Saya bukan ibu yang sempurna. Saya marah bila anak tak nak makan. Saya naik suara bila anak abaikan solat. Saya geram bila mereka pilih gajet daripada mengaji. Tapi bukan sebab saya tak sayang.
Saya marah sebab saya risau.
Saya garang sebab saya takut.
Takut satu hari nanti mereka tak faham beza baik dan buruk. Takut saya gagal bimbing mereka jadi manusia berguna.
Saya tahu, ada masanya saya kasar. Tapi tangan yang memukul itu jugalah tangan yang berjaga malam bila anak sakit. Suara yang tinggi itulah juga yang merayu dalam doa tiap malam, minta Allah jaga mereka bila saya dah tak ada nanti.
Saya bukan ibu yang lembut setiap masa.
Saya bukan juga ibu yang boleh dipesan oleh anak-anak.
Saya ibu yang mahu anak faham, hidup ini ada aturan.
Ada masa untuk belajar, ada masa untuk main.
Ada tanggungjawab yang wajib ditunaikan.
Anak-anak bukan mak yang uruskan kamu.
Mak yang urus kamu, dari kecil sampai kamu boleh urus diri sendiri.
Kalau saya pernah marah, maafkan.
Tapi tahu satu benda, marah saya bukan sebab benci.
Marah saya sebab saya tak mahu kamu tersesat arah.
Lebih baik kamu menangis sekarang kerana dilarang.
Daripada saya menangis di kemudian hari kerana terlepas pandang.
Dan kalau satu hari nanti kamu jadi orang yang baik.
Jangan lupa… itu semua kerana ada seorang mak yang pernah dilabel garang, tapi tak pernah berhenti sayang.




Comments