top of page

Ramai mak ayah salah faham. Anak buat perangai sikit, cepat kita cop nakal, degil, kurang ajar.

ree

Hakikatnya, ada banyak tingkah laku yang kita nampak “buruk” sebenarnya tanda perkembangan yang sangat baik. Kalau kita cepat hukum tanpa faham, kita mungkin padam potensi besar anak sendiri.


Lima tingkah laku anak yang selalu disalah erti, tapi sebenarnya bawa banyak kebaikan untuk masa depan:


1. Anak degil atau keras kepala

Nampak macam menyakitkan hati bila dia tak mahu dengar arahan. Tapi inilah tanda strong will. Anak yang ada tekad kuat biasanya ada daya tahan tinggi bila dewasa. Mereka tahu apa yang mereka mahu, dan tidak mudah goyah dengan pengaruh orang lain.


2. Anak suka menjawab

Kita anggap biadap bila dia berani balas cakap. Tapi bila fikir balik, kadang jawapan dia betul. Ini tanda dia ada pendirian dan tahu pertahankan diri. Sifat ni yang nanti akan buat dia berani bersuara bila orang lain cuba tindas.


3. Anak berani mencuba walaupun bahaya

Kita risau bila dia tetap nak panjat, cuba benda baru, atau tak peduli bila kita larang. Tapi inilah sifat ingin tahu yang luar biasa. Anak macam ni ada jiwa peneroka. Mereka cepat belajar, cepat adaptasi dan berpotensi jadi sangat bijak.


4. Anak pandai menipu atau reka cerita

Ya, memang kita kena ajar beza betul dan salah. Tapi kalau anak pandai mereka cerita, itu juga tanda imaginasi dan kreativiti dia sedang berkembang. Otaknya ligat cipta jalan cerita. Kalau diasah, ini boleh jadi bakat besar.


5. Anak mudah tantrum, marah atau merajuk

Kita cepat anggap lemah kawal diri. Tapi hakikatnya, ini tanda emosi dia sedang berkembang. Dia sedang belajar faham rasa kecewa, sedih, marah. Anak sensitif biasanya ada empati tinggi. Bila matang nanti, mereka lebih memahami orang lain.


Jadi ibu ayah, jangan cepat buruk sangka. Tingkah laku anak yang nampak melecehkan hari ini, mungkin itulah yang jadi kekuatan mereka satu hari nanti. Tugas kita bukan padam sifat tu, tapi bimbing supaya ia berkembang ke arah yang betul.


Brainy Bunch


 
 
 

Comments


bottom of page