top of page

Ramai mak ayah marah bila anak tak dengar cakap

  • Admin
  • 6 days ago
  • 2 min read
ree

Tapi jarang kita tanya diri sendiri:

kita sebenarnya sedang mendidik, atau sedang MELATIH anak jadi derhaka tanpa sedar?


Kita panggil anak dua tiga kali.

Dari dapur jerit nama.

Dari ruang tamu ulang lagi.

Anak tak sahut.

Kita mula naik angin.


Kita fikir anak degil.

Padahal… kadang anak langsung tak sedar kita panggil.

Dia dalam dunia dia sendiri.

Otak dia fokus pada satu benda, sampai bunyi sekeliling memang tak masuk.


Masalahnya bila dari kecil anak dibiasakan begini:

• dipanggil dua tiga kali

• ditunggu berkali-kali

• ditegur berkali-kali


Sampai bila besar nanti, dia hanya respon bila dipanggil banyak kali.

Kita kata dia derhaka.

Padahal kita yang “training” dia begitu sejak bayi.


Kalau kita nak anak dengar arahan sekali, kita pun kena ubah caranya.


Beberapa langkah yang sebenarnya mudah tapi ramai tak buat:


• Jangan jerit dari jauh.

Panggilan kita dari dapur memang hampir mustahil anak dengar betul-betul.


• Pergi dekat anak.

Datang ke arahnya.

Bongkok sedikit, rendahkan badan supaya mata kita selari dengan matanya.


• Pegang bahu anak.

Sentuhan kecil ini pecahkan “dinding fokus” yang buat dia tak sedar dipanggil.


• Tengok mata anak.

Bila mata bertentang mata, otaknya baru ‘connect’ dengan arahan kita.


• Barulah bercakap.

Sebut nama dia.

Cakap dengan jelas.

Bukan menengking, bukan menjerit.


Percaya atau tidak, sentuhan ibu ayah ada “kuasa”.

Air tangan itu ada terapi.

Doa kita ada kekuatan.

Sentuhan kecil mampu cairkan keras kepala yang kita sangka degil.


Masalahnya bukan anak tak dengar,

tapi kita panggil dengan cara yang salah.


Anak kecil bukan “degil”.

Dia cuma perlukan cara komunikasi yang betul.

Kalau kita sendiri malas nak turun paras mata anak,

jangan pelik kalau anak tak pernah belajar hormat arahan.


Kita tak mahu anak jadi derhaka.

Tapi kalau dari kecil kita biasakan dia hanya sahut selepas tiga kali panggilan…

siapa sebenarnya yang mengajar dia begitu?


Mendidik anak bukan hanya pada apa yang kita cakap,

tapi bagaimana kita berlaku ketika memanggilnya.


Kalau mahu anak hormat arahan,

mulakan dengan hormat caranya.


Brainy Bunch


 
 
 

Comments


bottom of page