top of page

Macam Graduan Universiti Kecil!

ree

Salah satu momen paling mencuit hati pagi itu bila anak-anak turun dari tempat duduk, berjalan perlahan di celah barisan ibu bapa menuju ke pentas untuk ambil scroll.


Suasana terus jadi meriah. Ramai ibu ayah yang bangun, senyum lebar sambil hulur telefon nak rakam detik tu.


Ada yang sempat lambai, ada yang bersorak kecil, bangga sungguh tengok anak sendiri melangkah penuh yakin.



Sekali pandang, terasa macam majlis konvokesyen di universiti, bezanya, inilah versi paling tulus dan comel.


Anak-anak kecil ini mungkin baru mula perjalanan mereka, tapi semangat dan keyakinan yang terpancar hari itu sama seperti graduan yang baru menamatkan perjuangan panjang. 🎓


 
 
 

Comments


bottom of page