Kenapa Ribuan Ibu Bapa Memilih Brainy Bunch Sejak 2010
- Admin
- 1 day ago
- 1 min read

Brainy Bunch ialah sebuah Islamic preschool yang menawarkan pendidikan awal kanak-kanak berasaskan pendekatan Montessori, nilai Islam dan pembinaan karakter. Diasaskan sejak lebih 10 tahun lalu, Brainy Bunch bermula dengan satu impian untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Di setiap BB campus, anak-anak seawal usia 2 tahun akan melalui perjalanan pembelajaran yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga bermakna. Bermula dari playschool (Playhouse) hingga ke preschool (Montessori 1–3), setiap anak dibimbing untuk mengenal Allah, membina adab, dan menguasai kemahiran asas secara praktikal.
Berbeza dengan tadika biasa, Brainy Bunch bukan sekadar ajar ABC atau 123. Di sini, anak-anak solat berjemaah setiap hari, belajar membaca Al-Quran, fasih berbahasa Inggeris, dan meneroka dunia melalui aktiviti hands-on. Pendekatan Montessori yang digunakan memberi ruang untuk anak belajar ikut kemampuan dan minat sendiri tanpa paksaan, tanpa tekanan.
Hari ini, Brainy Bunch mempunyai lebih 100 BB campus di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Ia bukan sekadar tempat anak belajar, tapi satu komuniti yang menyokong perkembangan anak dan ibu bapa bersama.
-----
Dengan Lock Fees, ibu ayah boleh daftar lebih awal dengan hargai yuran semasa, sebelum kenaikan tahun depan.
Tak perlu risau kenaikan kos dan harga. Tak perlu tunggu saat akhir.
-----------------------------------------
Comments