top of page
Writer's pictureHilmi Ismail

Kenapa Brainy Bunch adalah Tadika yang terbaik untuk anak anda?



Di Brainy Bunch, kami memahami bahawa setiap anak adalah unik dan memiliki potensi yang luar biasa.


Itulah sebabnya kami menggabungkan pendekatan “English, Islamic, & Montessori” dalam setiap aspek pengajaran kami. Dengan ini, kami dapat memberikan pengalaman pendidikan holistik yang tidak hanya memperkaya kemahiran bahasa Inggeris, tetapi juga membentuk akhlak dan asas Islam dan merangsang kecerdasan minda anak anda melalui kaedah Montessori.


Pendekatan bahasa Inggeris kami bukan sekadar tentang bahasa, tetapi kami membina kefasihan dan keyakinan dalam berkomunikasi. Anak-anak kami diajar oleh pendidik terlatih yang menggalakkan interaksi dan komunikasi dalam setiap aktiviti harian.


Di samping itu, pendekatan Islamik kami menyelaraskan nilai-nilai agama dalam pembelajaran dan kehidupan harian. Anak-anak dilatih untuk solat Dhuha, Zohor dan Asar, membaca dan menghafaz al-Qurandiajar serta dilatih untuk memahami, menghormati, dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, membentuk asas Islamyang kukuh untuk masa depan mereka.


Penggunaan prinsip Montessori dalam pengajaran kami membantu memupuk perkembangan minda, ‘motor skill’ dan kreativiti anak-anak. Silibus pembelajaran yang telah dirancang dengan teliti memberikan peluang kepada mereka untuk belajar secara aktif, mengembangkan kognitif dan sosial mereka.


Jadi, jika anda mencari Tadika yang tidak hanya memberikan pendidikan berkualiti tetapi juga membentuk anak-anak secara menyeluruh, pilihan yang tepat adalah Brainy Bunch.


Sertailah Brainy Bunch dalam misi menyediakan anak anda menjadi versi diri mereka yang terbaik! 🌟


521 views0 comments

Comentarios


bottom of page