top of page
Writer's pictureHasnul

Kelebihan Membaca dan Mengamalkan Asma Al Husna


Mari bersama kita membaca Asma Al Husna bersama pelajar tadika Brainy Bunch.


Berikut merupakan antara kelebihan membaca Asma Al Husna;


1. Mengenal siapa Allah.

2. Mengenal kebesaran Allah.

3. Menambah iman.

4. Bertambah ilmu.

5. Membuat hati tenang.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :


إن للهِ تسعةً وتسعين اسمًا ، مائةً إلا واحدًا ، مَن أحصاها دخلَ الجنةَ


Maksudnya: “Sesungguhnya bagi Allah SWT sembilan puluh sembilan nama, seratus kecuali satu, barangsiapa yang menghafalnya akan masuk syurga”.


Hadis riwayat Imam al-Bukhari (6410) dalam Sahih al-Bukhari, dalam Kitab Doa-Doa, Bab Allah Mempunyai 100 Nama Kecuali 1.


Semoga Allah SWT memelihara iman kita dan menggolongkan kita dalam kalangan orang yang beriman dan memasukkan kita ke dalam syurga-Nya kelak. Amin.


Diatas adalah video semasa Year End Concert pelajar tadika Brainy Bunch yang diadakan di Brainy Bunch Complex @ Raudhah City, Cyberjaya.


Year End Concert adalah salah satu aktiviti tahunan para pelajar tadika Brainy Bunch yang dianjurkan oleh semua kampus Brainy Bunch seluruh Malaysia bagi menghargai dan meraikan para pelajar yang berjaya menamatkan sesi tadika sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke sesi persekolahan pula.


Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tadika kami, sila tekan link yang disediakan.



Brainy Bunch; The Leader in Personalized Learning Experience

Islamic | Montessori | English

"Success In Both Worlds"


875 views0 comments

Comments


bottom of page