top of page

Kami Tak Hanya Bina Pelajar, Tapi Bina Insan.

ree

Dalam ucapan perasmian Year-End Concert Brainy Bunch, Hilmi Ismail, CEO Pendidikan Brainy Bunch, menegaskan semula misi sekolah untuk mendidik anak-anak agar bukan sahaja bijak akademik, tetapi juga kuat iman, berakhlak baik, dan mampu berdikari.


Katanya, pendidikan di Brainy Bunch berasaskan Lima Kecemerlangan Utama , Iman, Fizikal, Akademik, Kemahiran Hidup, dan Emosi, yang menjadi panduan utama dalam setiap aktiviti dan program.


“Di Brainy Bunch, kami tak hanya mahu anak-anak dapat A. Kami mahu mereka faham, berfikir kritikal, beramal dengan ilmu, dan belajar mengurus emosi. Pendidikan bukan sekadar untuk lulus peperiksaan tapi untuk membentuk hati, minda dan jiwa,” kata Hilmi.


Beliau juga berkongsi tentang pelaksanaan rutin harian seperti perhimpunan pagi, (I Am Statements, dan Program Brainy Smart 3M (Mengaji, Membaca, Menulis) yang membantu membina disiplin, keyakinan dan semangat belajar secara konsisten.


“Kami mahu anak-anak ini bukan sekadar cemerlang di atas kertas, tetapi mampu berdiri sendiri, yakin dan berani. Bila iman dan keyakinan seimbang, barulah mereka benar-benar bersedia untuk dunia sebenar,” tambahnya.

ree

Dalam ucapannya, Hilmi turut mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru atas kepercayaan dan usaha mereka sepanjang tahun ini.


“Daripada menguruskan anak-anak setiap pagi, hinggalah menenangkan mereka bila menangis keikhlasan anda semua menjadikan Brainy Bunch rumah kedua untuk mereka,” katanya. “Mari kita teruskan usaha ini bersama untuk membina anak-anak yang yakin, berdikari dan berakhlak mulia.” katanya mengakhiri ucapannya.


 
 
 

Comments


bottom of page