“Kalau kita sendiri tak tahu cara solat anak kita… siapa sebenarnya yang bimbing dia setiap hari?”
- Syazwani AZAMI
- Nov 28
- 1 min read

Di BB Campus, kami tak biarkan solat jadi sekadar aktiviti yang dibuat sepintas lalu. Di preschool dan playschool Brainy Bunch, semua anak melalui Solat Audit secara berkala lembut, sistematik dan penuh bimbingan.
Solat Audit ni bukan untuk cari salah anak.
Ia untuk pastikan setiap anak:
• berdiri dengan betul
• rukuk dan sujud dalam posisi yang kemas
• tahu bacaan penting
• faham urutan rukun
• dan paling penting… solat dengan hati, bukan ikut-ikut
Montessori bantu anak belajar melalui pergerakan. Sebab tu cikgu akan guide tangan anak, betulkan postur, dan ulang perlahan-lahan sampai mereka yakin.
Seorang ayah pernah cerita,
“Anak saya ajak solat berjemaah… dan saya terkejut sebab dia buat semua rukun dengan betul. Dia kata Aunty dekat BB Campus yang ajar.”
Itulah tujuan Solat Audit bukan sekadar mengajar, tapi memastikan asas mereka kukuh.
Baru anak membesar dengan solat yang betul, bukan sekadar hafal gerakan.
Dan bila solatnya elok, adabnya lembut, hati dia pun mudah dibentuk. Itu yang kita nak kan? Anak yang kuat iman dan tenang jiwanya.
Kalau awak nak anak dibimbing solat dengan cara yang teratur, bukan sambil-sambil, pendaftaran Brainy Bunch 2026 kini dibuka. Tempat makin terhad tapi ilmu solat yang betul adalah bekal paling besar untuk masa depan dia.




Comments