Kadang kita marah anak macam dia buat jenayah besar.
- Admin
- 2 days ago
- 2 min read

Kadang kita marah anak macam dia buat jenayah besar.
Tapi bila kita sendiri hilang kawalan, tiba-tiba kita rasa itu “hak” kita sebagai mak ayah.
Realitinya… anak bukan takut salah dia. Anak takut cara kita marah.
Ramai tak sedar, anak lebih cepat tiru cara kita MELAMPAU masa marah berbanding nasihat lembut yang kita bagi masa tenang.
Sebab tu anak boleh ulang balik nada kita, muka kita, gaya tangan kita.
Bahasa tubuh lebih kuat daripada 10 ayat ceramah.
Sebab tu bila fikir balik, masalahnya bukan marah.
Masalahnya cara kita marah.
Pakar kata, 55 peratus komunikasi datang dari tubuh, bukan mulut.
Tak hairan la anak ikut tingkah, bukan nasihat.
Jadi kalau kita meletup, anak pun belajar meletup.
Cara paling pelik tapi paling berkesan?
Peluk dulu sebelum marah.
Ya, kedengaran macam tak logik… tapi cuba dulu baru tahu.
Beberapa benda yang berlaku bila kita peluk anak masa emosi naik:
• Pelukan turunkan marah kita.
Gosok belakang dia, usap kepala dia. Tak sampai 5 minit, rasa marah tu turun sendiri.
• Anak pun kurang takut.
Daripada rasa “nak kena marah,” dia rasa disayangi dan lebih terbuka nak dengar.
• Hormon gembira naik.
Benda kecil macam sentuhan pun boleh tukar mood satu rumah.
• Rapport terbina.
Bila hati kita bersambung dengan hati anak, teguran lebih mudah masuk.
• Self esteem anak meningkat.
Anak yang selalu dipeluk percaya dia layak disayangi. Keyakinan dia pun naik.
• Stress dan anxiety berkurang.
Untuk kita dan anak. Dua-dua dapat manfaat.
• Pelukan ialah bahasa cinta paling senyap.
Kadang anak tak faham ayat “Mama sayang…”, tapi dia faham bila kita tarik dia ke dada.
Pelukan bukan manja.
Pelukan bukan kalah.
Pelukan ialah cara kita ingatkan diri sendiri:
Anak ni manusia kecil, bukan punching bag emosi.
Kalau marah buat hati anak menjauh, pelukan buat hati dia kembali rapat.
Dan bila hati dah dekat, nak marah pun jadi kurang.
Brainy Bunch




Comments