top of page

Garang = Anak Lebih Beradab? Betul Ke?

  • Admin
  • 4 days ago
  • 1 min read


Kita selalu anggap kalau kita keras, anak akan jadi lebih baik.


Marah kalau dia salah


Tengking kalau tak dengar kata


Hukum kalau langgar peraturan


Kita sangka ini cara terbaik didik mereka...


Tapi sebenarnya, apa yang kita tanam dalam diri mereka?


Mereka beradab bukan kerana faham, tapi kerana TAKUT.



Takut dimarah


Takut buat silap


Takut nak bersuara



Mereka patuh bukan sebab hormat, tapi sebab trauma.


Mereka diam bukan redha, tapi dah terbiasa menahan diri.



Dan akhirnya, mereka membesar dengan keyakinan:



"Aku hanya layak dikasihi kalau aku sempurna."



"Kalau aku gagal, aku tak cukup baik."



"Kalau aku jujur, aku akan disalahkan."



Hakikatnya...



Akhlak sejati tak datang dari ketakutan.


Ia tumbuh dari KASIH SAYANG.



Anak yang dibesarkan dengan cinta:



Beradab kerana FAHAM, bukan kerana takut


Menghormati kerana MEREKA SENDIRI DIRASAI HORMAT


Jujur kerana tahu kesilapan bukan akhir segalanya



Kita boleh tegas tanpa lukakan jiwa.


Boleh disiplinkan tanpa hilangkan kelembutan.


Sebab anak-anak tak belajar dari KETAKUTAN...


Mereka belajar dari bagaimana mereka DICINTAI


 
 
 

Comments


bottom of page