Dari Kindy ke Alumni BB
- Admin
- Oct 17
- 1 min read

Hari penuh makna buat keluarga Puan Noraini Md Husin dari Brainy Bunch Bandar Enstek apabila anaknya, Qaez Zain kini bersedia melangkah keluar sebagai Alumni Brainy Bunch.
“So far okay, saya nampak anak dah mula dapat asas yang kuat especially dari segi basic fundamental untuk ke Standard 1 nanti,” katanya dengan senyuman bangga sambil melihat anaknya menggenggam skrol kecil.
Suasana bertambah meriah apabila wakil Alumni Brainy Bunch, Aunty Claire turut berkongsi maklumat kepada ibu bapa tentang kelebihan menjadi sebahagian daripada komuniti alumni BB.
“Anak-anak alumni BB biasanya cepat menyesuaikan diri di sekolah baru. Mereka dah biasa dengan adab, keyakinan dan disiplin dan itu yang buat mereka menyerlah di mana saja mereka berada.” katanya.
Menariknya, kebanyakan respon ibu bapa yang kami terima menunjukkan perkara yang sama apabila anak-anak mereka bersedia dengan lebih yakin dan mempunyai kelebihan luar biasa apabila melangkah ke sekolah rendah nanti.
Tahniah dan selamat berjaya untuk semua anak - anak Brainy Bunch yang bakal melangkah masuk ke Tahun 1, 2026 ya.




Comments