Bayangkan tahun 2045.
- Syazwani AZAMI
- 11 hours ago
- 2 min read

Bayangkan tahun 2045.
Anak awak umur 25 tahun, datang ke satu majlis Alumni Brainy Bunch. Dia salam cikgu lama, peluk kawan kawan yang dulu satu kelas tadika.
Mereka gelak bila tengok gambar zaman kecil, tapi dalam hati awak terfikir, “Alhamdulillah… dia membesar dalam circle yang baik.”
Kalau kita undur balik, jawapannya bukan pada satu hari besar.
Jawapannya ada pada hari hari kecil yang selalu nampak biasa.
Masa umur 4 tahun, dia belajar susun kasut sendiri di rak BB. Nampak remeh, tapi di situlah dia belajar disiplin dan tanggungjawab.
Umur 5 tahun, dia belajar membaca dalam kelas kecil, cikgu duduk sebelah, sabar bila dia salah. Di situlah dia belajar yakin dengan kemampuan diri.
Umur 6 tahun, dia berdiri atas pentas baca doa atau hafazan, tangan menggigil tapi cikgu tunggu dengan senyum. Di situlah dia belajar kawal takut dan tetap teruskan.
Lepas tamat tadika, dia bukan “putus” dengan BB.
Dia masih ikut program Alumni, masih jumpa cikgu, masih terlibat dalam aktiviti khas. Masa remaja, dia datang balik bantu adik adik untuk program khas, jadi contoh depan mata untuk generasi selepas dia. Circle dia terjaga, walaupun dia sudah besar.
Hari hari, solat dhuha, doa untuk ibu bapa, senaman pagi, kelas Montessori, latihan membaca, menulis, mengira, aktiviti berkumpulan… semua itu macam titik kecil.
Bila titik itu disambung selama bertahun tahun, jadilah satu gambaran besar:
Seorang anak yang ada iman, ada adab, ada akademik, ada keyakinan… dan ada komuniti Alumni yang sama sama menuju kebaikan.
Di Brainy Bunch, kami tak habis setakat hari grad tadika.
Kami mahu anak anak membesar dalam ekosistem yang terus membimbing mereka.
Kalau awak terfikir tentang siapa anak awak pada tahun 2045, langkah pertama bermula dengan pilihan untuk 2026.
Pendaftaran 2026 sudah dibuka. Jom mulakan perjalanan ini di BB Campus terdekat.




Comments