BANYAK LAGI MASALAH BESAR DEKAT SEKOLAH KEBANGSAAN. KENAPA KITA SIBUK NAK BUAT PERUBAHAN LAIN?
- Admin
- Feb 6
- 2 min read

BANYAK LAGI MASALAH BESAR DEKAT SEKOLAH KEBANGSAAN. KENAPA KITA SIBUK NAK BUAT PERUBAHAN LAIN?
Maaf. Saya nak tanya satu soalan yang jujur dan ikhlas.
Dalam keadaan sekolah kebangsaan hari ini yang penuh dengan cabaran, kenapa isu umur 6 tahun masuk Darjah 1 yang jadi keutamaan?

Apa sebenarnya yang terlalu urgent sampai kita perlu ubah struktur umur, sedangkan masalah utama masih berlambak dan belum selesai?
Jom kita tengok realiti.
- Masalah kelas terlalu padat masih wujud.
- Masalah kekurangan guru masih berlaku.
- Masalah beban kerja guru yang melampau masih menghimpit.
- Masalah tahap penguasaan asas membaca, menulis dan mengira masih rendah di banyak sekolah.
Belum masuk isu disiplin.
Belum masuk isu kesihatan mental murid.
Belum masuk isu fasiliti sekolah yang uzur.
Belum masuk isu jurang bandar dan luar bandar.
Dan belum lagi sentuh isu anak2 muslim tak jaga solat dan tak ditekankan pun bab solat ketika di sekolah.
Semua ini adalah realiti yang berlaku di sekolah.
So bila diumumkan cadangan untuk menurunkan umur masuk Darjah 1 ke 6 tahun, soalan logik yang patut kita tanya ialah masalah apa sebenarnya yang ingin diselesaikan?
Adakah ia akan mengurangkan saiz kelas?
Adakah ia akan menambah bilangan guru?
Adakah ia akan meningkatkan kualiti pembelajaran?
Atau sekadar menambah tekanan kepada murid, guru dan ibu bapa?
Realitinya, umur 6 tahun bukan isu paling kritikal dalam sistem pendidikan kita hari ini.
Yang kritikal ialah kualiti, bukan umur.
Yang mendesak ialah kesiapsiagaan, bukan struktur.
Yang perlu dibetulkan ialah asas, bukan kosmetik.
Kalau betul nak buat, kenapa macam tergesa-gesa? Apa yang nak dikejar?
Di mana data kajian yang mengatakan anak-anak Malaysia, guru-guru dan sistem pendidikan kita dah bersedia dengan perubahan baru ini?
Tak boleh ke buat kajian dan percubaan dulu, tunggu 2-3 tahun baru decide nak buat full atau tidak?
Kita sepatutnya fokus kepada memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak.
Memperbaiki kualiti Darjah 1 sedia ada.
Mengurangkan beban guru.
Meningkatkan sokongan emosi dan psikologi murid.
Perubahan besar dalam pendidikan tak boleh dibuat untuk nampak cepat bergerak,
tetapi mesti dibuat untuk betul-betul menyelesaikan masalah.
Saya menulis atas dasar seorang rakyat yang concern dengan isu pendidikan negara dan masa depan anak-anak Malaysia.
Anak-anak bukan bahan eksperimen.
Guru bukan alat pelaksanaan dasar tanpa suara.
Ibu bapa bukan penerima keputusan tanpa penjelasan.
Sebelum kita sibuk buat perubahan baru,
selesaikan dulu masalah yang lama dan lebih urgent.
Kerana dalam pendidikan,
keutamaan yang salah hari ini akan jadi beban besar untuk satu generasi akan datang.




Pandangan ini sangat wajar dan disuarakan dengan tenang tapi tegas. Soalan “masalah apa sebenarnya yang ingin diselesaikan?” itu memang inti kepada semua perubahan dasar. Bila isu asas seperti saiz kelas, kekurangan guru, penguasaan 3M, kesihatan mental, dan fasiliti masih belum ditangani dengan serius, perubahan umur masuk Darjah 1 memang nampak seperti langkah kosmetik, bukan penyelesaian sebenar Space Waves