Anak Umur Setahun Kuat Merajuk, Sensitif dan Mudah Tersentuh?
- Admin
- Jul 9
- 1 min read

Anak umur setahun kuat merajuk, sensitif dan mudah tersentuh? Jangan risau, ibu. Itu bukan tanda anak manja. Itu tanda perkembangan emosi yang sedang rancak terbina.
Bila anak kecil mula faham dunia sekeliling, mereka jadi lebih peka. Tapi mereka masih belum pandai kawal perasaan. Jadi, sedikit saja salah faham atau gangguan, boleh buat mereka menangis, merajuk atau mengamuk.
Ibu ayah jangan cepat melenting. Ini masanya untuk bantu anak kenal dan urus emosinya.
Apa yang boleh kita buat?
1. Tenangkan, bukan tinggikan suara
Bila anak merajuk, peluk dulu. duduk dekat. cakap dengan lembut, “adik sedih ke? sini mama dengar.”
2. Bantu anak sebut emosi
Anak umur setahun belum pandai cakap banyak. tapi bila kita selalu sebut, “adik marah ya”, “adik kecewa ya”, lama-lama dia belajar kenal emosi sendiri.
3. Beri ruang bila perlu
Kalau anak menolak pelukan atau merengek tanpa henti, beri dia masa untuk bertenang. duduk dekat, tapi jangan paksa.
4. Alihkan perhatian dengan bijak
Kadang bila anak dah tenang sikit, kita boleh alih fokus dengan mainan, buku atau aktiviti yang dia suka.
5. Elakkan gelak atau ejek
Bila anak tengah sensitif, jangan pula kita buat main. ini boleh buat mereka rasa tidak difahami.
6. Sentiasa konsisten
Bila kita konsisten tenang dan sabar, anak akan rasa selamat. mereka akan belajar bahawa emosi tak salah, tapi ada cara untuk uruskan.
Anak kecil sedang belajar. Merajuk, mengamuk, menangis, semua itu bahasa mereka. Kalau kita dengar betul-betul, di sebalik tangisan itu ada mesej yang nak disampaikan.
Jadi ibu ayah yang tenang. Supaya anak boleh belajar jadi kuat dari dalam.




Comments