top of page

"Anak Umur Berbeza, Belajar Bersama Macam Mana Tu?"

  • Admin
  • 4 days ago
  • 1 min read



Ramai ibu ayah bila tengok kelas anak ada yang umur 4, 5, 6 tahun sekali… terus rasa, "Eh, boleh ke belajar sama-sama? Tak ke kelam kabut?"



Hakikatnya, mixed-age classroom ni ada banyak kelebihan yang kita tak sedar.



Ini bukan ‘tak cukup murid’ atau ‘saja nak senang urus’. Tapi ini sebenarnya salah satu cara ajar anak jadi manusia sebenar.



Jom tengok 5 kelebihannya:



1. Anak Belajar Menjadi Contoh (Role Model)


Anak yang lebih besar automatik belajar untuk jadi abang/kakak. Mereka bantu, tunjukkan cara, dan jadi rujukan. Dalam diam, mereka belajar kepimpinan dan tanggungjawab.



2. Anak Kecil Jadi Cepat Pandai


Yang kecil pula terinspirasi. Mereka tengok apa abang/kakak buat, dan mereka cuba ikut. Proses pembelajaran jadi lebih natural dan tanpa paksaan.



3. Kurang Persaingan, Lebih Tolong-Menolong


Bila umur berbeza, anak tak banding diri mereka sangat. Mereka lebih cenderung bantu kawan dari ‘lawan’ kawan. Ini pupuk kerjasama, empati dan kasih sayang.



4. Semua Belajar Ikut Tahap Sendiri


Anak tak perlu ‘kejar silibus’ ikut umur. Mereka boleh ulang benda yang belum faham, atau terus ke aktiviti lebih mencabar kalau dah mahir. Belajar ikut fitrah, bukan tekanan.



5. Macam Dunia Sebenar


Dalam hidup sebenar, kita tak kerja dengan orang umur sama, kan? Mixed-age class ajar anak adaptasi dengan pelbagai karakter dan gaya — asas penting untuk survive di luar nanti.



Jadi kalau nampak kelas anak ada macam-macam umur, senyum je.



Sebab dalam satu kelas campur ni…


anak kita bukan sekadar belajar ABC,


tapi belajar jadi manusia yang lebih matang dan bertimbang rasa



Nak anak belajar ikut fitrah?


Mixed-age classroom is one of the best places to start



 
 
 

Comments


bottom of page