top of page

Anak Anak Brainy Bunch Bukan Saja Belajar, Malah Mengajar


Rasulallah S.A.W. bersabda:


خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain." (Riwayat Ibn Hibban)

Di Brainy Bunch, kita sentiasa menggalakkan pelajar yang mahir satu satu subjek, topik atau kemahiran untuk beri tunjuk ajar pada rakan rakan mereka. Dan mereka sangat teruja bila diberi peluang dan ruang untuk mengajar.


Dengan mengajar dan berkongsi, kita sebenarnya dapat memupuk keyakinan dalam diri mereka. Sekaligus kita beri peringatan pada mereka bahawa ilmu yang mereka peroleh itu seharusnya mereka kongsikan dengan yang lain.


Mengajar juga boleh membantu pelajar itu sendiri menjadi lebih faham dengan mendalam tentang subjek yang di ajar tersebut.


Mengajar merupakan salah satu kemahiran daripada Kemahiran 7M of Be Brainy di Brainy Bunch. Kemahiran 7M ini kita terapkan daripada tadika sehinggalah ke pelajar sekolah menengah.


Mengajar adalah salah satu daripada kemahiran dalam 7M of Be Brainy

Ketahui lebih lanjut berkenaan Kemahiran 7M of Be Brainy di Brainy Bunch ini dengan menonton perkongsian ini: 7M Sebagai KPI Anak-Anak Brainy Bunch



Brainy Bunch; The Leader in Personalized Learning Experience

Islamic | Montessori | English

"Success In Both Worlds"






421 views0 comments
bottom of page