top of page

Ada seorang murid yang cikgu perasan, setiap kali buat salah sikit saja, dia akan sebut ayat yang sama berulang ulang.

  • Admin
  • Dec 17, 2025
  • 2 min read

Ada seorang murid yang cikgu perasan, setiap kali buat salah sikit saja, dia akan sebut ayat yang sama berulang ulang.


“Saya memang malas.”

“Saya memang tak pandai.”


Mula mula kami fikir itu ayat biasa budak merajuk.

Satu hari, masa berbual santai dengan ibu dia, barulah puzzle itu lengkap.

Ibu dia cerita,


“Kat rumah, kalau dia lambat siap kerja, saya selalu terlepas cakap,

‘Malasnya kamu ni… belajar pun malas.’

Saya tak sangka dia simpan.”


Dan memang itulah yang berlaku.

Setiap kali dia ambil pensel, suara pertama yang muncul dalam kepala bukan suara cikgu, tapi suara yang pernah dia dengar di rumah.


Saya malas.

Saya lembab.

Saya susahkan orang.


Di sinilah proses pembaikan bermula.

Di kelas, cikgu sengaja tukar bahasa yang dia dengar.

Bila dia cuba, cikgu sebut,


“Awak ni sebenarnya rajin, cuma perlukan masa.”

Bila dia lambat siap, cikgu kata,

“Tak apa lambat, yang penting awak tak berhenti.”


Setiap kali dia berjaya siapkan walaupun lambat, cikgu highlight usaha, bukan masa.

“Awak nampak tak, bila awak teruskan, akhirnya siap juga?”

Minggu demi minggu, skrip dalam kepala dia perlahan lahan berubah.

Daripada “saya malas”, jadi

“Saya lambat, tapi saya boleh habiskan.”

Kesilapan kecil di mulut kita nampak macam biasa.

Satu dua perkataan saja.


Tapi bila diulang hari hari, ia boleh jadi label yang anak pakai sampai besar.

Di Brainy Bunch, kami cuba ubah label itu.

Kami mahu anak percaya, dia mampu berkembang, walaupun satu langkah kecil setiap hari.


Kalau awak pun terfikir, mungkin selama ni ada ayat ayat yang tanpa sedar buat anak rasa kecil, jangan rasa gagal.

Kita boleh mula tukar skrip itu sama sama.

Pendaftaran 2026 sudah dibuka.


Kalau awak mahu cikgu yang peka dengan emosi dan ayat yang anak dengar setiap hari, jom kenal BB Campus terdekat.


 
 
 

Comments


bottom of page