top of page

Setiap Hari Ada Saja Perkataan Inggeris Yang Baru


"Anak saya, bila dia balik tu ada perkataan perkataan Bahasa Inggeris baru yang saya sendiri pun tak tahu. Dan cara sebutannya pun jelas dan lancar."


Ustaz Elyas Ismail, seorang Penceramah, Penyampai TV dan juga Penulis Buku berkata beliau kagum dengan apa yang dicapai oleh anaknya yang bersekolah di Brainy Bunch.


Antara perubahan atau pencapaian yang ketara dapat dilihat adalah apabila anaknya boleh sebut dan guna perkataan perkataan Bahasa Inggeris yang baru setiap kali balik dari sekolah.


Selain itu beliau juga kagum apabila anaknya dapat membaca doa doa yang jarang dibaca oleh anak kecil dan beliau sangat teruja anaknya mampu membaca surah Al-Jumu'ah pada usia yang sangat muda.


"Ada juga doa doa yang kebiasaannya tak didedahkan kepada anak anak kecil tapi dia tahu. Dia boleh baca. Yang paling saya teruja, dia boleh baca surah Al-Jumu'ah pada usia yang sangat muda. Bacaan pun dengan lancar."


Terima kasih Ustaz kerana memilih Brainy Bunch. Alhamdulillah.


Anak anda juga boleh dilatih untuk membaca doa dan menghafal surah. Daftarkan minat anda sekarang dan bersama kita bantu anak-anak anda menjadi Muslim yang terbaik!



Brainy Bunch: The Leader in Personalised Learning Experience


Islamic | Montessori | English

"Success In Both Worlds"


75 views0 comments
bottom of page