"Perasaan Gemuruh Ada, Tapi Saya Nak Jalankan Tanggungjawab Dengan Baik” – Zara Adelia
- Admin
- Oct 27
- 1 min read

Sesi pagi minggu kedua Year-End Concert berlangsung meriah. Dewan penuh dengan lebih 300 orang ibu bapa yang datang menyaksikan persembahan anak-anak mereka. Suasana riuh rendah, penuh debar dan semangat.
Di satu sudut pentas, berdiri seorang pelajar berusia 11 tahun, mikrofon di tangan, senyuman manis di wajah walau jelas ada sedikit rasa gementar. Itulah Zara Adelia Mohd Fadzil, yang buat pertama kalinya memikul tanggungjawab besar sebagai pengacara utama Year-End Concert Brainy Bunch.
“Mula-mula Zara memang rasa nervous dan malu sebab ramai sangat parents yang datang. Tapi lepas sekejap, Zara mula rasa seronok. Ini pengalaman baru yang Zara tak akan lupa,” katanya sambil tersenyum lega.

Walaupun pernah menjadi MC dalam program sekolah sebelum ini, kali ini suasananya berbeza. Dewan yang besar, penonton yang ramai, dan acara yang begitu penting membuatkan tanggungjawabnya terasa lebih berat. Mujur Zara tidak berseorangan, dia digandingkan dengan seorang pengacara berpengalaman, Aunty Charisma yang banyak membantunya di sepanjang majlis.
“Aunty Charisma banyak bantu Zara dari segi sebutan dan keyakinan. Zara rasa lebih tenang sebab ada yang berpengalaman untuk bimbing,” jelasnya.
Aunty Charisma melalui perkongsiannya memaklumkan, Zara melaksanakan tugasnya dengan sangat baik walaupun pertama kali menggalas tanggungjawab sebesar itu.
“Dia nampak sedikit gugup di awalnya, tapi cepat dapat rentak. Cara dia bercakap, senyum, dan kawal pentas memang membanggakan. Zara ada potensi besar.”
Momen itu menjadi bukti bahawa dengan peluang, bimbingan, dan keyakinan dirisetiap anak mampu menyerlah di luar jangkaan.
Tahniah Zara! Dari rasa gementar lahirlah keberanian dan keyakinan yang akan terus membawa awak jauh.




Comments