top of page

Lebih 80 Pengusaha Tadika Swasta Hadiri Taklimat Kesan Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035


Lebih 80 pengusaha tadika dan prasekolah swasta dari pelbagai negeri berkumpul dalam satu sesi dialog industri untuk memahami implikasi terkini pengumuman dan hala tuju dasar pendidikan negara terhadap sektor pendidikan awal kanak-kanak.


Ibu Pejabat Brainy Bunch, Cyberjaya menjadi lokasi Taklimat Kesan Rancangan Pendidikan Negara 2026-2035 dan dianjurkan secara tidak berunsur politik, dengan satu matlamat utama melindungi kebajikan kanak-kanak, pendidik, pengusaha dan ibu bapa, serta memastikan kelestarian tadika dan prasekolah swasta di Malaysia.



Perbincangan merangkumi isu perundangan, kerjasama koperasi, implikasi kewangan, serta pengumpulan respons industri secara bersama bagi membina cadangan dan solusi yang realistik serta bertanggungjawab.


Sesi ini memberi peluang pengusaha tadika berkongsi pandangan berasaskan pengalaman sebenar, dan menyumbang ke arah masa depan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih seimbang dan mampan.


Terima kasih kepada semua rakan industri yang hadir dan berkongsi pandangan.


Beberapa momen perbincangan sempat dirakam oleh tim media kami sebagai tanda komitmen bersama.

 
 
 

1 Comment


Anna Smith
Anna Smith
5 days ago

In Infinite Craft, the joy comes not from competition, but from exploration, creativity, and the thrill of discovering rare combinations.

Like
bottom of page