Dilema Mak Ayah Zaman Sekarang: Di Mana Tempat Terbaik Untuk Anak Kita?
- Syazwani AZAMI
- Apr 28
- 2 min read
Updated: Apr 30

Setiap hari sebagai ibu bapa, kita berdepan dengan pelbagai cabaran dari urusan kerja, kewangan, sehinggalah kepada hal yang paling merisaukan masa depan anak-anak. Tapi antara semua isu, isu sosial anak-anak adalah yang paling mencengkam hati.
Bila fikir nak hantar anak ke asrama, risau pula dengan kes buli, pergaduhan, pengaruh yang menakutkan seperti ideologi songsang dan tingkah laku yang tidak kita didik di rumah. Tapi kalau anak hanya duduk di rumah, mereka pula asyik menghadap telefon, jadi manja, lembik, dan hilang daya juang.
Siapa yang boleh kita harapkan kalau bukan sekolah?
Tapi bukan sembarangan sekolah. Bukan semata-mata sekolah harian, dan bukan juga sekolah berasrama. Jawapannya adalah: sekolah yang benar-benar NAK memberikan yang terbaik untuk anak kita.
Ya, kata kuncinya adalah NAK.
NAK bukan sekadar ajar akademik. Tapi NAK juga anak-anak ini dibentuk dari segi adab, iman, disiplin, kesihatan, kecergasan, kemahiran sosial, kreativiti, dan kepimpinan. NAK bukan sekadar meluluskan peperiksaan, tapi juga NAK memastikan anak-anak ini bersedia untuk hidup dan memimpin.
Kenapa NAK itu penting?
Kerana kalau tak ada keinginan kalau TAK NAK sampai bila-bila pun takkan ada usaha yang sebenar.
Saya teringat satu filem Tamil bertajuk Raatchasi. Ia tentang seorang pengetua sekolah yang berjuang ubah sekolah biasa jadi luar biasa. Tapi dia tak buat seorang diri. Dia perlukan sokongan guru, pelajar, ibu bapa dan juga masyarakat. Semua pihak perlu main peranan.
Begitu juga kita. Bila kita temui sekolah yang benar-benar NAK bantu anak kita, kita sebagai ibu bapa kena beri sokongan 100%. Setiap program, kita galakkan anak untuk ambil bahagian. Setiap peluang, kita buka ruang untuk mereka mencuba.
Bagaimana pula dengan Brainy Bunch?
Adakah Brainy Bunch International Islamic School sudah menjadi sekolah terbaik?
Jawapannya: belum lagi.
Kami belum sampai ke tahap itu. Tapi kami NAK, dan kami SUDAH MULAKAN langkah ke arah itu.
Kami berusaha membina sekolah yang bukan sekadar mengajar, tapi membentuk manusia. Dengan kerangka pendidikan SPICE kami:
• Spiritual – memupuk iman dan hubungan dengan Allah
• Physical – memastikan anak sihat dan cergas
• Intellectual – membina kecerdasan dan kefahaman
• Creative – menggalakkan daya cipta dan pemikiran luar kotak
• Emotional – membentuk emosi yang seimbang dan matang
Dengan izin Allah dan sokongan ibu bapa semua, kami yakin Brainy Bunch boleh menjadi lebih baik. Dan anak-anak ini insyaAllah akan membesar menjadi insan yang lebih hebat dari kita.
Terima kasih kepada semua ibu bapa yang terus menyokong Brainy Bunch sejak 15 tahun lalu untuk Brainy Bunch Preschool, dan 10 tahun untuk Brainy Bunch International School.
Semoga Allah bantu kita semua dari hanya NAK, kepada BUAT, dan akhirnya DAPAT hasil terbaik buat generasi ummah akan datang.




Comments