top of page

3 Kesilapan Utama Ibu Bapa Muslim


1. Kita Lupa Anak Kita Bukan Milik Kita

Kita percaya bahawa anak-anak kita adalah milik kita. Ini bermakna kita melihat mereka sebagai refleksi daripada diri kita sendiri dan bukannya satu amanah dan pemberian daripada Allah.


Bila kita lupa anak ni bukan milik kita, kita akan cuba mengawal mereka macam mana kita cuba kawal sesuatu yang milik kita. Kita lihat mereka sebagai sebahagian daripada reputasi kita. Kelakuan mereka akan memberi kesan pada macam mana orang lihat kita, samada baik atau buruk.


Kita kena sedar bahawa kita sebagai ibu bapa hanya boleh berusaha tapi hasilnya tetap milik Allah.



2. Kita Anggap Kita Kenal Mereka

Bila kita anggap kita kenal anak kita, boleh jadi kita tidak akan meluangkan masa untuk mengenali mereka.


Dan bila kelakuan mereka tak seperti yang kita harapkan, kita akan mula tertanya; "Macam mana boleh jadi macam ni? Ini bukan anak saya!"


3. Kita Cuba Jadikan Mereka Seperti Yang Kita Mahukan

Bukanlah tugas kita sebagai ibu bapa untuk menjadikan anak kita sebagai sesuatu yang kita mahu. Tugas kita adalah untuk membantu mereka, mencorakkan mereka menjadi siapa yang mereka akan jadi suatu hari nanti.


Dan anak anak kita juga ada disini untuk bantu kita kenali diri kita dengan lebih baik lagi. Kita perlukan mereka dan mereka perlukan kita untuk berkembang.


Kredit: aboutislam.net

655 views0 comments
bottom of page