Ramai silap faham tentang “lelaki pelindung”.
- Admin
- Feb 6
- 1 min read

Ingatkan kena keras. Kena garang. Kena menang.
Padahal lelaki yang cuma pandai menguasai selalunya gagal melindungi.
Protector sebenar bukan dibentuk dengan jeritan atau tangan yang naik cepat.
Dia dibentuk dengan hati yang peduli dan jiwa yang tahu tanggungjawab.
Kalau kita mahu anak lelaki jadi pelindung, ini yang perlu dibina dari kecil.
Ajarkan empati dulu, bukan ego
Anak yang tahu rasa kasihan, tahu letak diri dalam perasaan orang lain, akan lebih kuat menjaga.
Empati melahirkan pelindung. Ego melahirkan pembuli.
Tunjukkan contoh di rumah
Anak lelaki belajar bukan dari ceramah, tapi dari pemerhatian.
Cara ayah bercakap dengan ibu.
Cara lelaki dewasa mengawal marah.
Di situlah silibus sebenar.
Latih keberanian yang betul
Berani bukan bermaksud cari gaduh.
Berani bersuara bila sesuatu salah.
Berani mempertahankan yang lemah walaupun tak popular.
Ajarkan kawalan emosi
Lelaki yang cepat naik tangan biasanya lelaki yang gagal urus emosi.
Protector ialah lelaki yang boleh berfikir walaupun sedang marah.
Beri tanggungjawab kecil setiap hari
Kemas barang sendiri.
Jaga adik sekejap.
Tepati janji.
Tanggungjawab kecil melatih amanah besar.
Normalisasikan emosi
Menangis bukan tanda lemah.
Lelaki yang kenal emosinya lebih stabil, lebih selamat untuk orang sekeliling.
Anak lelaki tidak dilahirkan sebagai protector.
Dia dibentuk.
Oleh contoh.
Oleh didikan.
Oleh kasih sayang yang tegas dan jelas.
Kalau kita ajar anak lelaki jadi “garang”, jangan terkejut bila dia guna kekuatan pada tempat yang salah.
Kalau kita ajar dia jadi pelindung, dia akan tahu siapa yang patut dijaga dan siapa yang tak boleh disakiti.
Brainy Bunch




I see space waves as a rhythm reflex arcade game and its clean visuals help me focus