top of page

“Ramai ibu ayah fikir cikgu cuma ajar dalam kelas. Tapi hakikatnya, seorang homeroom teacher ialah orang yang paling kenal anak kita selepas kita sendiri.”


“Ramai ibu ayah fikir cikgu cuma ajar dalam kelas. Tapi hakikatnya, seorang homeroom teacher ialah orang yang paling kenal anak kita selepas kita sendiri.”


Di BB Campus, preschool dan playschool Brainy Bunch, homeroom teacher bukan sekadar pengajar akademik. Mereka penjaga rutin, pemerhati emosi, penyambung komunikasi dan orang yang nampak perkembangan kecil anak setiap hari.


Apa peranan sebenar homeroom teacher?


1. Kenal anak secara individu

Homeroom teacher tahu perangai anak, cara dia belajar, apa yang buat dia senang fokus dan apa yang buat dia cepat down. Ini penting sebab setiap anak berbeza.


2. Pantau perkembangan akademik secara konsisten

Bukan tunggu hujung tahun baru tahu anak boleh atau tak boleh. Perkembangan reading, writing dan maths diperhati dari hari ke hari supaya sokongan boleh diberi awal.


3. Jaga emosi dan kesejahteraan anak

Kalau anak murung, tak aktif atau berbeza dari biasa, homeroom teacher yang perasan dulu. Kadang masalah kecil boleh dicegah sebelum jadi besar.


4. Jadi jambatan antara sekolah dan ibu ayah

Parents sentiasa update tentang rutin, kemajuan dan perkara penting. Komunikasi ini buat ibu ayah rasa lebih tenang tinggalkan anak setiap hari.


5. Bina hubungan kepercayaan

Anak yang percaya pada Aunty atau Uncle akan lebih berani bertanya, mencuba dan buat silap. Dari situ pembelajaran jadi lebih cepat dan bermakna.


Ramai parents kata,

“Mujur ada homeroom teacher yang ambil berat betul-betul.”

Itu sebab anak rasa sekolah macam rumah kedua.


Di Brainy Bunch, kami percaya pendidikan tak berlaku tanpa hubungan yang kuat. Dan hubungan itu bermula dengan homeroom teacher yang konsisten dan penuh empati.


Kalau awak nak anak berada dalam persekitaran yang benar-benar mengenali dan menyokong perkembangan mereka, pendaftaran Brainy Bunch 2026 kini dibuka. Tempat cepat penuh di banyak BB Campus. Anak berkembang paling baik bila ada orang dewasa yang benar-benar kenal dan peduli.


 
 
 

Comments


bottom of page