Pagi anak huru hara selalunya bukan bermula di pagar sekolah. Ia bermula di rumah, sebaik saja mata mereka terbuka.
- Admin
- 2 hours ago
- 2 min read

Pagi anak huru hara selalunya bukan bermula di pagar sekolah. Ia bermula di rumah, sebaik saja mata mereka terbuka.
Bayangkan satu pagi Isnin.
Anak bangun lewat, mandi pun kelam kabut, sarapan sambil berdiri, ibu ayah pula dah stres fikir traffic dan kerja.
Belum keluar rumah, suara dah naik beberapa kali.
Bila sampai di BB Campus, tubuh anak memang ada di depan pintu, tapi emosi dia masih tertinggal di rumah.
Dia blur, penat, dan baru betul betul sedar yang ibu akan tinggalkan dia.
Di sinilah selalu bermula drama peluk pagar dan air mata.
Yang ramai tak sedar, rutin di rumah sebenarnya boleh jadi boost besar untuk mudahkan anak sesuaikan diri di tadika.
Di Brainy Bunch, anak akan jalani rutin pagi yang sama setiap hari
salam aunty, letak beg dan botol di tempat khas, solat dhuha, doa untuk ibu ayah, perhimpunan, senaman ringan, baru masuk kelas.
Flow yang konsisten ini buat otak mereka rasa, “Oh, aku tahu apa akan jadi lepas ni.”
Kalau di rumah juga ada pola yang jelas, kepala anak lebih senang sambung daripada rutin rumah kepada rutin BB.
Apa yang ibu ayah boleh buat?
- Tetapkan waktu bangun yang hampir sama setiap hari sekolah.
- Beri ruang untuk mandi, pakai uniform, makan dan baca doa tanpa perlu menjerit.
- Guna urutan yang sama setiap pagi — contohnya: bangun, ke tandas, mandi, pakai baju, sarapan, doa, ambil beg.
Malam sebelumnya, boleh “cerita dulu” tentang esok.
“Esok kita pergi BB ya. Lepas bangun, mandi, pakai uniform, sarapan, ibu hantar sampai pintu, lepas tu awak dengan aunty dan kawan kawan.”
Bila rumah ada tempo yang tenang, anak datang ke sekolah dengan badan yang bersedia dan hati yang lebih stabil.
Separation anxiety pun biasanya lebih cepat reda, dan anak lebih cepat masuk dalam mood belajar dan bermain.
Pendaftaran Brainy Bunch untuk tahun 2026 dibuka sepanjang tahun, tetapi tempat di banyak BB Campus akan makin terhad bila semakin hampir hujung tahun.
Kalau awak boleh mula susun rutin di rumah dari sekarang, insyaAllah lebih mudah untuk anak sambung rutin di BB nanti.




Comments