top of page
Writer's pictureSyazwani AZAMI

Enam perkara ini yang ibu bapa mesti selalu buat dan tunjuk depan anak-anak supaya mereka faham dan ingat sampai bila-bila.



1. Selalu buat kerja rumah sama-sama.



Ya, kalian perlu selalu membantu pasangan sendiri. Tak semua tugasan rumah kerja isteri. Suami yang suka membantu lebih baik.



Bantu kerja rumah saat isteri sedang sibuk uruskan kerja lain. Contohnya isteri sedang memasak, kita jaga anak. Isteri uruskan anak, kita menyapu atau mop lantai. Basuh kain dan sidai kain pun tak salah untuk suami, buatlah.



Anak-anak akan belajar kehidupan berkeluarga adalah tentang bantu-membantu.



2. Selalu ucap terima kasih pada pasangan kalian.



Ucapan ini disebut jelas dan penuh rasa bersyukur. Sekali pun yang kita dapat cuma hal yang kecil, ucap sahaja terima kasih itu depan anak-anak.



Kita tunjukkan depan anak-anak yang kita sangat hargai pasangan. Nanti mereka juga akan hargai kita.



3. Buat kebaikan di hadapan mereka.



Bukan niat menunjuk tapi untuk mendidik. Contohnya bersedekah, bantu orang tua atau buta melintas jalan, kutip sampah sekitar masjid atau surau, bersihkan tandas awam lepas guna dan sebagainya.



Beritahu juga sebab kenapa kita kena buat semua itu. Supaya anak-anak faham hidup kena selalu memberi.



4. Tunjukkan kasih sayang depan anak-anak.



Peluk pasangan atau pegang tangan pasangan depan anak-anak, itu cara terbaik kita zahirkan kasih sayang. Itu tanda kita pasangan yang punya sifat penyayang yang tinggi.



5. Bila berhadapan dengan konflik, jauhkan daripada berlaku di hadapan anak-anak.



Selalu bila kita diluar kawalan emosi, kita akan cenderung berkata yang tak baik, perkataan yang tak elok, marah-marah dan meninggi suara.



Jika ini kerap berlaku depan anak-anak, kalian sedang merosakkan minta dan emosi anak-anak itu sendiri. Jadi, elakkan ya.



6. Sembahyang dan mengaji depan anak-anak.



Boleh juga buat selalu ambil wudhuk depan anak-anak. Supaya mereka belajar, itu adalah keutamaan dalam hidup. Yang tak boleh tinggal, wajib kita buat.



Balik kerja penat atau sibuk macam mana pun, sembahyang tetap kita tunaikan.



Kredit: PaMa


1 view0 comments

Comments


bottom of page